Tuesday 24 January 2012

TRiViA Mutiara

Tahukah anda.........?

  • Mutiara hanya terbentuk di dalam hidupan bercengkerang (moluska). Komposisi kimia mutiara adalah Kalsium Karbonat.
  • Mutiara pernah digelar sebagai 'Queen of Gems', iaitu 'Permaisuri Kepada Permata-Permata' berikutan sejarahnya yang pernah menjadi permata yang paling mahal.
  • Dikatakan semasa pemerintahan empayar Rom, Panglima perangnya, 'Vitellius', telah membiayai angkatan perangnya dengan hanya sebelah subang mutiara kepunyaan ibunya.
  • Suatu masa dahulu di Persia, Mutiara dikatakan pernah menjadi semahal emas pada berat yang sama.
  • Terdapat 2 jenis mutiara yang dijual di pasaran, Seawater Pearl (Mutiara Air Laut) dan Freshwater Pearl (Mutiara Air Tawar). Kebiasaannya, mutiara air laut adalah lebih mahal, lebih cantik dan lebih menjadi rebutan berbanding mutiara air tawar.
  • Seawater pearl dituai (harvest) dari laut (samada diternak atau liar) manakala mutiara air tawar dituai daripada ladang ternakan mutiara.

.:: StaY TunE fOr mORe ::.

No comments:

Post a Comment